Kes jangkitan COVID-19 India cecah 4.75 juta

NEW DELHI, 13 SEPT – India telah melaporkan peningkatan kes baharu koronavirus sekitar 94,372 dalam masa sehari, mendorong jumlah keseluruhan di negara itu kepada 4.75 juta.

Kementerian Kesihatan hari ini juga melaporkan 1,114 kematian dalam tempoh 24 jam, membawa jumlah keseluruhan kepada 78,586.

Ketika jangkitan semakin bertambah di India daripada tempat lain di dunia, jumlah orang yang pulih daripada virus itu juga telah meningkat pantas.

Kadar pemulihan negara itu kekal 77.77 peratus dan hampir 70,000 sembuh telah dilaporkan setiap hari pada bulan September, menurut Kementerian Kesihatan.

Kementerian menyifatkan langkah pemulihan COVID-19 India disebabkan ujian agresif dan pengawasan, namun pakar berkata India perlu menguji lebih ramai lagi orang awam disebabkan penduduknya yang ramai.

Ia berada di tangga kedua negara paling teruk dilanda setelah Amerika Syarikat dan kini telah menjalankan ujian terhadap lebih sejuta orang setiap hari. Parlimen India dijangka meneruskan semula kerja esok dengan penjarakan fizikal ketat. – AP