Kes jangkitan di Korea Selatan turun bawah 30

SEOUL, 10 OGOS – Jangkitan COVID-19 di Korea Selatan menurun di bawah 30 hari ini ketika kes import mula menunjukkan pengurangan, tetapi kluster gereja terus menjejaskan perjuangan antivirus di negara ini, lapor agensi berita Yonhap.

Negara itu mengenal pasti 28 kes tambahan, termasuk 17 jangkitan tempatan, meningkatkan jumlah kes menjadi 14,626, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KCDC).

Jumlah itu memperlihatkan sedikit penurunan daripada 36 kes baharu, termasuk 30 jangkitan tempatan, pada hari sebelumnya.

Kes jangkitan tempatan, 11 dilaporkan di Seoul. Sembilan kes dikaitkan dengan kluster Pasar Namdaemun di tengah Seoul. Wilayah Gyeonggi di sekitarnya juga melaporkan lima kes baharu.

Kes domestik turun serendah tiga jangkitan pada 3 Ogos, kes paling banyak mempunyai kaitan dengan kluster gereja.

Anggota perubatan memakai sut pelindung ketika melakukan pemeriksaan suhu ke atas seorang penduduk tempatan di penempatan sementara ujian COVID-19 berhampiran Namdaemun, di Seoul, kelmarin. – AFP

Sebuah gereja di Goyang, utara Seoul, melaporkan lapan kes tambahan pada Ahad, meningkatkan jumlah menjadi 24 orang. Satu lagi gereja lain dari ibu kota itu mencatatkan dua lagi jangkitan, keseluruhan 20 kes. Sebuah gereja di barat daerah Yeongdeungpo, Seoul melaporkan lima lagi jangkitan.

Sebelum ini Korea Selatan melarang anggota gereja mengadakan perjumpaan tetapi ditarik balik pada 24 Julai.

Kes import yang sebelum ini menurun kepada satu digit selepas meningkat dua digit selama 43 hari berturut-turut, kembali semula kepada dua digit iaitu 11 jangkitan. Daripada 11 kes yang dilaporkan pada Isnin itu, enam membabitkan kes di pusat pemeriksaan kuarantin.  Filipina dan Bangladesh masing-masing menyumbang dua kes manakala Amerika Syarikat  tiga kes.  Di antara 2,561 kes kumulatif import, 65.8 peratus berpunca daripada rakyat Korea Selatan.

Baru-baru ini, negara itu menyaksikan peningkatan mendadak dalam jumlah kes import kerana pekerja Korea Selatan yang pulang dari Iraq di samping kelasi dari kapal Rusia berlabuh di pelabuhannya.

Di tengah-tengan peningkatan kes COVID-19 dari wilayah Xinjiang China dan Danang Vietnam, pihak berkuasa kesihatan memutuskan untuk melaksanakan pengasi-ngan selama dua minggu kepada ahli perniagaan yang balik dari kawasan berkenaan. Negara ini tidak mewajibkan kuarantin kepada pengusaha Korea Selatan yang pulang dari China, Vietnam dan Kemboja, sejak 29 Julai. – Bernama