Wednesday, April 17, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Kes jangkitan dijangka tiga kali lebih banyak

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 FEB – Jumlah kes di negara ini dijangka akan terus meningkat disebabkan penularan Omicron, malah ia tiga kali lebih banyak daripada Delta, melibatkan lebih banyak jangkitan dari rumah-rumah dan tidak melibatkan tempat awam seperti yang dicatatkan hari ini.

    Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar menekankan perkara itu ketika memberi respons terhadap persoalan lonjakan kes yang berlaku pada hari ini, semasa sidang media COVID-19 di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan.

    Sehubungan itu, bagi menghadapi fasa endemik dan norma baharu, persiapan jitu melalui vaksinasi adalah perlu dan mengingatkan orang ramai agar mendapatkan dos penggalak apabila vaksinasi kedua mereka sudah mencapai tempoh.

    “Jumlah ini akan terus turun naik dan orang ramai disarankan kekal di rumah dan keluar bila perlu sahaja. Apa yang penting, ibu bapa yang mempunyai anak-anak berumur lima hingga 11 tahun yang belum bervaksin, jangan terlalu teruja membawa ke kedai, menghadiri jemputan dan sebagainya.

    “Ibu bapa yang mempunyai anak kecil juga jangan terlalu teruja untuk mengunjungi atau menghadiri mana-mana acara, walaupun mereka telah bervaksinasi kerana mereka boleh memberi jangkitan kepada yang belum bervaksinasi,” tambahnya.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan semasa sidang media COVID-19 mengingatkan untuk mendapatkan dos penggalak kepada yang telah menyempurnakan dua dos vaksinasi.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    2 ditahan lepaskan tembakan ke rumah bintang Bollywood

    AHMEDABAD, 16 APRIL – Dua anggota kumpulan penjenayah terkenal ditahan polis India hari ini kerana melepaskan tembakan ke arah rumah pelakon Bollywood, Salman Khan...