Kes jangkitan melonjak di Maghribi

MOULAY BOUSSELHAM, MAGhRIBI, 21 JUN – Sebuah hospital lapangan di Timur Maghribi akan menerima kira-kira 700 orang pesakit COVID-19 berikutan lonjakan jangkitan di negara tersebut, menurut kerajaan.

Maghribi melaporkan lonjakan satu hari dalam kes koronavirus pada hari Jumaat lalu selepas wabak dikesan di kilang pembungkus buah di wilayah timur Kenitra, mendorong Rabat untuk mengetatkan sekatan di wilayah itu.

Negara Utara Afrika tersebut melaporkan lebih 500 kes pada Jumaat lalu, kebanyakannya di Kenitra, yang mencatatkan pada kebiasaannya lebih kurang 100 kes baharu jangkitan COVID-19 harian sejak mengesahkan kes pertamanya pada awal bulan Mac.

Pihak berkuasa menutup kemudahan, membuat ujian ke atas pekerja dan melancarkan siasatan untuk ‘menetapkan tanggungjawab’ terhadap penularan itu, kata Menteri Dalam Negeri, Abdeloufi Laftit, seperti yang dilaporkan oleh agensi berita MAP.

Hospital lapangan akan menerima ‘kira-kira 700 kes berdaftar’ hari ini, tambahnya.

Ladang strawberi di Kenitra – yang kebiasaannya sibuk dengan pekerja yang menuai pada masa ini –sepi pada hujung minggu, kata seorang jurugambar AFP.

Beberapa buah bandar di rantau itu telah diarahkan menjalani kuarantin dan pemeriksaan dilakukan ke atas penduduk, yang diarahkan untuk keluar rumah jika ‘untuk keperluan’ sahaja.

Berpuluh-puluh kereta ambulan telah ditempatkan di Moulay Bousselham, salah sebuah bandar yang dikuarantin, bersedia untuk dikerahkan untuk membawa kes yang disahkan.

Pada 9 Jun, pihak berkuasa mengumumkan untuk melonggarkan sekatan secara beransur-ansur sejak pertengahan bulan Mac, walaupun langkah-langkah tetapi berjalan di kota-kota besar dan kecemasan kesihatan awam telah dilanjutkan sehingga 10 Julai. – AFP

Pekerja kesihatan membawa pesakit yang disahkan positif menghidap COVID-19 ke pusat perubatan. – AFP