Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Kes jangkitan menurun

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 SEPT – Dalam masa satu minggu kebelakangan ini, jumlah kes COVID yang dilaporkan di Negara Brunei Darussalam telah menunjukkan pengurangan di mana kadar purata harian kes pada minggu ini ialah sebanyak 169 kes sehari, berbanding dengan 205 kes sehari pada minggu lepas.

    Perkara tersebut dikongsikan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar dalam Sidang Media COVID-19 Negara Brunei Darussalam bertempat di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    “Sebanyak 52,431 keputusan ujian pantas antigen (ART) telah dimuat naik ke aplikasi BruHealth dalam masa satu minggu, di mana 2.2 peratus daripadanya adalah keputusan ujian ART yang positif,” jelas Yang Berhormat Dato.

    Menurut beliau lagi, hari ini, terdapat satu kes di dalam kategori 5 yakni memerlukan rawatan di unit rawatan intensif (ICU) manakala dua kes berada di dalam kategori 4 iaitu memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.

    Selain itu, Yang Berhormat Menteri Kesihatan ada menjelaskan mengenai kadar liputan vaksinasi COVID di Negara Brunei Darussalam, di mana sehingga kelmarin, kadar tersebut kekal berada di tahap yang tinggi dengan 77.7 peratus daripada keseluruhan rakyat dan penduduk negara ini telah mendapatkan dos ketiga vaksin dan 9.8 peratus juga telah mendapatkan dos keempat.

    “Pada hari ini, sebanyak 179 kes baharu telah dilaporkan iaitu 178 kes hasil ujian ART dan satu kes adalah hasil daripada 186 ujian makmal RT-PCR yang telah dilakukan dalam masa 24 jam yang lalu,” kata Yang Berhormat Dato.

    Di hujung kenyataannya, Yang Berhormat Menteri Kesihatan menyeru orang ramai untuk meneruskan kerjasama dalam membantu pihak kerajaan memantau penularan wabak COVID dengan memuat naik keputusan ART masing-masing, sama ada positif atau negatif ke aplikasi BruHealth.

    “Semoga Negara Brunei Darussalam berserta seluruh rakyat dan penduduknya sentiasa terpelihara daripada segala bencana dan wabak penyakit serta berada dalam perlindungan Allah SWT jua.”

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan semasa mengongsikan situasi terkini jangkitan COVID di negara ini di Kementerian Kesihatan, kelmarin. Turut hadir ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Kesihatan, Haji Maswadi bin Haji Mohsin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...