Kes jangkitan Ukraine cecah 1 juta

KIEV, 24 DIS – Jumlah keseluruhan kes koronavirus di Ukraine telah mencecah satu juta hari ini ketika sistem penjagaan kesihatan negara bekas Soviet itu bergelut untuk membendung peningkatan jangkitan musim cuti.

Kementerian Kesihatan merekodkan 11,490 kes baharu membawa jumlah keseluruhan kepada 1,001,132.

Para pegawai kesihatan di negara penduduknya 40 juta itu telah mencatatkan 17,395 kematian sejak wabak menular. – AFP