Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Kes kategori 4 dan 5 terkawal

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 JULAI – Meski pun terdapat peningkatan jumlah kes jangkitan COVID-19 dalam tempoh beberapa minggu ini namun kes dalam kategori 4 dan 5 masih di tahap terkawal pada masa kini.

    Hal ini menunjukkan situasi jangkitan dalam lingkungan masyarakat masih dalam keadaan stabil yang mana rata-rata pesakit dalam kategori-kategori berkenaan terdiri daripada mereka yang mempunyai masalah penyakit yang lain.

    Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar menjelaskan perkara itu ketika mengulas mengenai situasi kes jangkitan COVID dalam kategori 4 dan 5 tatkala jumlah kes didapati meningkat di negara ini, semasa sidang media di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    “Walau bagaimanapun, Kementerian Kesihatan sentiasa melaksanakan pemantauan keadaan ini dari semasa ke semasa. Perkara inilah yang akan menjadi sukat-sukat atau ukuran bagi melaksanakan keperluan-keperluan tertentu jika terjadinya peningkatan kes dalam kategori 4 dan 5 sekali gus boleh menjejaskan perkhidmatan kesihatan,” ujarnya lanjut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...