Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Kes kategori 5 hidap masalah kesihatan lain

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 FEB – Tiga kes COVID-19 kini berada dalam kategori 5, masing-masing mempunyai masalah kesihatan yang berbeza di mana salah seorang daripadanya menghidap masalah buah pinggang, manakala dua yang lain masing-masing menghidapi pendarahan dalam otak dan terlibat dengan kemalangan, baru-baru ini.

    Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar menjelaskan, sesiapa yang dimasukkan ke dalam hospital akan disaring terlebih dahulu dan ketiga-tiga kes berkenaan didapati positif COVID-19, oleh itu bantuan pernafasan yang diberikan kepada mereka pada ketika ini bukan disebabkan gejala COVID-19 melainkan disebabkan oleh masalah kesihatan yang mereka hadapi.

    Pada sidang media di Kementerian Kesihatan, hari ini, Yang Berhormat Dato menambah, bagi kategori 4, hanya dua orang daripadanya yang tidak mempunyai vaksinasi lengkap dan lima kes dalam kategori tersebut mempunyai masalah kesihatan yang mana kebanyakannya disebabkan masalah buah pinggang.

    Seorang pesakit positif dalam kategori tersebut juga mengalami strok dan seorang lagi mengalami masalah kuman dalam darah.

    Sehubungan itu, Yang Berhormat Dato menekankan vaksinasi akan mengurangkan gejala dan tidak memberikan kekebalan daripada seseorang itu untuk dijangkiti COVID-19.

    Walau bagaimanapun, bagi yang berisiko tinggi, mereka boleh dimasukkan ke rumah sakit disebabkan masalah-masalah kesihatan lainnya. Oleh itu, Yang Berhormat Dato menekankan agar mereka yang berisiko tinggi untuk lebih berhati-hati.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...