Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Kes kehilangan Eric kini diklasifikasi sebagai kes bunuh

    KUCHING, 14 MAC – Polis kini mengklasifikasikan kes kehilangan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun, Eric Chang Wei Jie, sebagai kes bunuh.

    Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ashmon Bajah berkata berdasarkan siasatan terkini, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan berbanding sebelum ini iaitu ia disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

    “Dua suspek iaitu pasangan penjaga yang telah ditangkap akan terus direman untuk siasatan lanjut.

    “Usaha pencarian kini diperluas dengan bantuan pasukan Marin Wilayah 5 Kuching serta bantuan jabatan bomba serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di sekitar perairan sungai Muara Tebas dan kawasan sekitar,” katanya menerusi satu kenyataan di sini, malam tadi (13 Mac).

    Sebelum ini, Eric telah dilaporkan hilang dari sebuah rumah di kawasan perumahan Bintawa, di sini, pada 7 Mac lepas. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...