Sunday, September 24, 2023
22.3 C
Brunei

    -

    Kes kolera di Zimbabwe melepasi 2,000

    HARARE, 7 JUN – Kes disyaki kolera di Zimbabwe melepasi 2,000 dengan 15 kematian setakat ini, sejak wabak itu meletus pada Februari, kata seorang menteri hari ini, lapor Xinhua.

    Pemangku Menteri Penerangan, Publisiti dan Perkhidmatan Penyiaran, Jenfan Muswere, pada taklimat media pasca-Kabinet berkata, memandangkan bilangan kes sedang meningkat, kerajaan menggesa pendekatan yang melibatkan pelbagai sektor dan tindak balas komprehensif kolera untuk membendung penyakit itu.

    “Zimbabwe setakat ini merekodkan 2,076 kes, dengan 1,942 sembuh dan 15 kematian. Kesemua 10 wilayah telah melaporkan kes disyaki kolera,” kata Muswere.

    Beliau berkata, di Harare dan dua lagi wilayah iaitu Manicaland dan Matabeleland South Provinces menyumbang 83 peratus kes di negara itu setakat ini.

    Muswere berkata, memandangkan kes terus meningkat, Kabinet memutuskan pendekatan yang diambil pelbagai sektor untuk bertindak balas terhadap wabak itu perlu diteruskan dengan fokus menangani isu air dan sanitasi selain pengeluaran dana yang diperlukan untuk memerangi wabak itu. – Bernama

    Gambar fail bertarikh 22 Mei menunjukkan seorang pesakit sembuh daripada penyakit kolera di Hospital Daerah Jubli di Hamanskraal, Pretoria, Afrika Selatan. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...