Kes koronavirus Afrika Selatan cecah tiga

JOHANNESBURG, 8 MAC – Isteri kepada pesakit yang pertama disahkan dijangkiti koronavirus di Afrika Selatan telah diuji positif hari ini menjadi kes ketiga yang disahkan di negara itu, kata pihak berkuasa kesihatan.

Kesemua tiga kes yang disahkan itu adalah mereka yang dalam kumpulan 10 orang yang telah membuat kunjungan ke Itali, kata menteri kesihatan dalam satu kenyataan.

Pihak berkuasa berkata mereka telah berjaya mengesan semua individu yang berkunjung ke Itali, walaupun seorang daripada kumpulan itu tidak berada di Afrika Selatan. Keputusan ujian ke atas enam anggota tersebut dijangka diperolehi dalam masa 48 jam. – AFP