Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Kes kumulatif COVID Brunei capai 127,300

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 MAC – Sebanyak 10 kes kini berada dalam kategori 4 dan lima kes dalam kategori 5 menjadikan jumlah kes dalam kedua-dua kategori tersebut ialah 5.8 peratus daripada keupayaan rawatan di Pusat Pengasingan Kebangsaan.

    Dalam tempoh 24 jam yang lalu, tiga pesakit disahkan meninggal dunia di mana satu kes dikategorikan sebagai kematian disebabkan COVID, manakala dua lagi tidak dikategorikan sebagai kematian disebabkan COVID-19.

    Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar menjelaskan kemas kini jangkitan harian itu semasa Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan yang berlangsung pada petang tadi.

    “Sebanyak 1,191 kes baharu telah dilaporkan hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan sebanyak 127,300 kes.

    Daripada jumlah tersebut, 983 adalah hasil ujian ART yang telah dimuat naikkan ke aplikasi BruHealth manakala 208 lagi adalah hasil 2,177 ujian makmal RT-PCR yang telah dilakukan dalam 24 jam lalu.

    “Sementara itu, 1,484 kes telah disahkan sembuh hari ini yang membawa jumlah kes yang sembuh di Negara Brunei Darussalam kepada 115,138 kes manakala jumlah kes aktif ialah sebanyak 11,966 kes.

    “Pada masa ini, kadar pengisian katil di pusat-pusat pengasingan di seluruh negara atau bed occupancy rate ialah sebanyak 4.8 peratus.

    Dalam pada itu, 172 kes aktif sedang menerima rawatan di pusat-pusat pengasingan dan hospital-hospital, manakala seramai 11,794 kes positif kini sedang menjalani pengasingan diri di rumah,” jelas Yang Berhormat Dato.

    Pada sidang media itu, beliau juga mengongsikan pencapaian Program Vaksinasi Kebangsaan setakat kelmarin, 21 Mac bagi mereka yang menerima tiga dos vaksin ialah 60 peratus daripada keseluruhan penduduk di negara ini manakala kadar satu dos dan dua dos adalah masing-masing melebihi 94 peratus.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan dan Menteri di JPM dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew semasa sidang media.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...