Thursday, January 23, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kes kumulatif kini 131,403

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 MAC – Sembilan pesakit kini berada dalam kategori 4 manakala seorang dalam kategori 5, menjadikan jumlah keseluruhan kes adalah 3.8 peratus daripada keupayaan rawatan kedua-dua kategori itu di Pusat Pengasingan Kebangsaan.

    Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar (gambar) mengongsikan perkara itu pada sidang media harian di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan hari ini.

    Menurutnya, 792 kes baharu dilaporkan hari ini, membawa jumlah keseluruhan kepada 131,403 dan daripada jumlah kes baharu itu, 695 adalah hasil ujian ART yang dimuatnaikkan ke aplikasi BruHealth manakala 97 adalah daripada 2,670 ujian makmal RT-PCR yang telah dibuat dalam masa 24 jam lalu.

    “Sementara itu, 1,560 kes telah disahkan sembuh yang membawa jumlah kes sembuh keseluruhan kepada 124,465 kes manakala jumlah kes aktif ialah sebanyak 6,736 kes.

    “Pada masa ini, kadar pengisian katil di pusat-pusat pengasingan di seluruh negara atau bed occupancy rate ialah sebanyak 3.1 peratus. Dalam pada itu, 122 kes aktif sedang menerima rawatan di pusat-pusat pengasingan dan hospital-hospital, manakala seramai 6,614 kes positif kini sedang menjalani pengasingan diri di rumah,” terang Yang berhormat Dato.

    Bagi Program Vaksinasi Kebangsaan pula, mereka yang menerima tiga dos vaksin ialah 60.8 peratus daripada keseluruhan penduduk di negara ini.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda