Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Kes kumulatif kini 142,465

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 MEI – Sebanyak 153 kes baharu jangkitan COVID telah dilaporkan hari ini, iaitu 137 kes hasil ujian pantas antigen (ART) dan 16 kes adalah hasil daripada 550 ujian makmal RT-PCR yang telah dilakukan dalam tempoh 24 jam yang lalu.

    Oleh itu, jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan di Negara Brunei Darussalam setakat ini ialah 142,465 kes, kongsi Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar semasa Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam yang berlangsung di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Menurut beliau lagi, tidak ada kes yang dikategorikan dalam kategori 5 yang memerlukan rawatan di unit rawatan intensif (ICU), manakala satu kes dalam kategori 4 yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan kemudiannya mengongsikan, “sebanyak 91 kes telah disahkan sembuh yang membawa jumlah kes yang sembuh kepada 141,631 kes.

    “Jumlah kes aktif pula ialah sebanyak 648 kes iaitu sembilan kes sedang dirawat di hospital manakala 639 kes sedang menjalani pengasingan diri di rumah.”

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan semasa mengongsikan jumlah keseluruhan kes pada sidang media di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, kelmarin.

    Yang Berhormat Dato turut memaklumkan bahawa satu kes COVID telah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam yang lalu, di mana kes tersebut tidak dikategorikan sebagai kematian disebabkan COVID-19.

    Di kesempatan itu, beliau mewakili warga Kementerian Kesihatan dan keseluruhan rakyat Negara Brunei Darussalam mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang.

    “Semoga keluarga mendiang diberikan kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi pemergiannya,” kata Yang Berhormat Menteri Kesihatan.

    Di hujung kenyataannya, Yang Berhormat Dato menasihatkan orang ramai untuk ubaya-ubaya dalam musim perayaan Hari Raya Aidilfitri ini.

    “Semoga Brunei Darussalam berserta seluruh rakyat dan penduduknya akan sentiasa terpelihara dan dirahmati Allah SWT. Amin Amin Ya Rabba’al alamin,” tambahnya.

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...