Oleh Rafidah Jumat
BANDAR SERI BEGAWAN, 13 April – Mahkamah Majistret, hari ini, menangguhkan sebutan kes seorang pembantu rumah warga Indonesia yang berdepan dakwaan membuat laporan palsu kepada polis.
Ketua Majistret Mohammad Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli menangguhkan kes Imas Rohah sehingga 19 April untuk memberi lebih masa kepada pihak polis untuk menjalankan penyiasatan.
Tertuduh didakwa membuat laporan palsu dengan mendakwa dirinya dirogol oleh tiga orang lelaki pada 1 April 2017.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Sharon Yeo.