Kes lelaki amuk didengar 7 Mac

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 MAC – Kes seorang lelaki yang mengamuk di kediamannya pada Februari lalu akan didengar di Mahkamah Tinggi pada 7 Mac 2020.

Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman membenarkan kes tertuduh, Hamzah bin Haji Mohd Noor, berusia 53 tahun, untuk didengar di Mahkamah tersebut selepas pihak pendakwa membuat permohonan untuk kes dipindahkan dari Mahkamah Majistret.

Tertuduh dalam kejadian amuk di rumahnya di Jalan Subok, Kampung Kianggeh kira-kira jam 1:30 pagi pada 16 Februari 2020 didakwa menyerang anggota polis dan merosakkan telefon bimbit milik polis itu.

Dia juga didakwa merosakkan tiga kenderaan milik jirannya pada waktu dan tarikh yang sama. Pendakwaan dibuat Timbalan Pendakwa Raya, Nor Hafizah binti Ahmad.