Tuesday, November 28, 2023
25.3 C
Brunei

    -

    Kes Malaria catat peningkatan

    KUALA LUMPUR, 3 OKT – Malaysia mengalami peningkatan kes baharu malaria tahun ini selepas tiada kes dilaporkan dari 2018 hingga 2021.

    Malaria merupakan penyakit yang disebabkan oleh sejenis parasit yang merebak kepada manusia melalui gigitan nyamuk yang dijangkiti.

    Jumlah kes yang dilaporkan di negara Asia Tenggara itu setakat tahun ini sudah melebihi 404 kes yang dilaporkan pada 2022.

    Pakar kesihatan awam mengaitkan penebangan hutan, perubahan iklim dan penularan daripada haiwan kepada manusia sebagai sebahagian punca terhadap lonjakan itu dan memberi amaran bahawa rintangan parasit malaria terhadap ubat rawatan anti-malaria juga telah meningkatkan ancaman penyakit itu, menurut akhbar harian tempatan, The Star.

    Walaupun Malaysia telah memasuki fasa menghapuskan penularan malaria asli, malaria zoonotik yang ditularkan daripada monyet kera tetap menjadi masalah kesihatan awam, kata Dr Sharifa Ezat Wan Puteh di Universiti Kebangsaan Malaysia.

    “Parasit yang dikenali sebagai Plasmodium knowlesi biasanya dibawa oleh monyet kera dan merebak kepada manusia apabila nyamuk menggigit kera yang dijangkiti dan kemudian menggigit seseorang. Ini berlaku semasa pembalakan, memancing, menanam, penebangan hutan atau ketika memasuki hutan,” katanya. – Xinhua

    Gambar Unsplash
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih dari 2 minggu, 41 pekerja terowong masih terperangkap

    NEW DELHI, 28 NOV - Pasukan penyelamat di India mula menggali secara manual kelmarin dengan harapan dapat mencapai 41 pekerja binaan yang terperangkap dalam...