Kes miliki harta tak setimpal disebut 22 Jan

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 DIS – Bekas pegawai sebuah syarikat minyak yang berdepan pertuduhan memiliki harta yang tidak setimpal dengan pendapatan masa lalu atau sekarang, yang tidak dapat dijelaskan, hadir di Mahkamah Majistret dengan seorang peguam yang baru dilantiknya.

Dalam sebutan hari ini, Peguam Leftenan Kolonel (B) Harif Ibrahim yang mewakili tertuduh, Ibrahim bin Abdul Gani memohon kepada mahkamah untuk diberi lebih masa
melihat dokumen kes anak guamnya.

Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman membenarkan lebih masa diberikan dan menetapkan 22 Januari 2020 untuk sebutan kes.

Ikat jamin tertuduh dilanjutkan dan dia juga dikenakan larangan perjalanan oleh mahkamah.

Tertuduh bakal berdepan hukuman denda $30,000 atau tujuh tahun penjara jika disabitkan kesalahan.
Pendakwaan dibuat Timbalan Pendakwa Raya, Hajah Anifa Rafiza binti Haji Abdul Ghani.