Thursday, February 20, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kes Mohammad Sambari ditangguh

    Oleh Rafidah Jumat

     

    mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 16 April – Mahkamah Majistret, semalam, menangguhkan kes seorang lelaki tempatan yang berdepan pertuduhan menipu.

    Mohammad Sambari bin Haji Abu Bakar menghadapi lima tuduhan menipu dengan berpura-pura berminat untuk menyewa kereta daripada sebuah syarikat pada Disember 2016 dan Januari 2017.

    Tertuduh sebelum ini memiliki rekod jenayah membabitkan tipu dan menyamar pada 2010 dan 2012.

    Majistret Pengiran Shahyzul Khairuddien bin Pengiran Abdul Rahman menangguhkan kes itu sehingga 19 April dan memerintahkan tertuduh untuk terus ditahan reman.

    Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Amiriah binti Haji Ali.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda