Kes Navalny: Menteri Jerman ancam kena sekatan ke atas Rusia

BERLIN, 6 SEPT – Jerman, ketua Kesatuan Eropah (EU) ketika ini, akan membincangkan kemungkinan sekatan ke atas Rusia berhubung dakwaan meracun Alexei Navalny jika Kremlin enggan memberikan penjelasan secepat mungkin, menteri luarnya berkata hari ini.

Ketua pembangkang Rusia, Navalny, jatuh sakit semasa dalam penerbangan bulan lalu dan menerima rawatan di hospital Siberia sebelum dipindahkan ke Berlin.

Jerman minggu lalu berkata terdapat ‘bukti kukuh’ bahawa musuh utama Presiden Vladimir Putin telah diracun menggunakan agen saraf era Soviet, Novichok.

“Jika dalam beberapa hari Rusia tidak membantu memberi penjelasan mengenai apa yang telah berlaku, kami akan meneruskan untuk membincangkan tindak balas kepada sekutu kami,” Heiko Maas memberitahu akbar harian Jerman, Bild.

Sebarang keputusan sekatan perlu ‘disasarkan’, tambahnya.

Pemimpin Barat dan kebanyakan penduduk Rusia meluahkan rasa bimbang dengan apa yang terjadi dengan apa yang dikatakan oleh sekutu Navalny bahawa ini adalah kali pertama senjata kimia digunakan terhadap pemimpin pembangkang berprofil tinggi di tanah Rusia.

Kremlin menafikan sebarang tanggungjawab ke atas serangan dan menteri luar negeri, Sergei Lavrov berkata bahawa Jerman belum mengongsikan sebarang hasil dari pihak pendakwa Moscow. – AFP

Heiko Maas berkata EU akan membincangkan kemungkinan sekatan ke atas Rusia mengenai kejadian meracun Alexei Navalny jika Kremlin enggan memberikan penjelasan secepat mungkin.- AP