Kes Omicron di Jepun meningkat 160

TOKYO, 23 DIS – Seramai 75 orang di Jepun telah dikenal pasti dijangkiti Omicron pada kelmarin, jumlah jangkitan harian tertinggi sekali gus menjadikan jumlah kes melibatkan varian baharu COVID-19 itu meningkat kepada 160 orang.

Daripada 75 itu seramai 68 berusia 70an atau lebih muda, diuji positif menerusi ujian saringan di pusat pemeriksaan kuarantin lapangan terbang selepas tiba dari beberapa negara termasuk Amerika Syarikat, Eropah dan Afrika lapor Jiji Press.

Tujuh yang lain ialah empat kes dikesan di Osaka, dua di Okinawa dan seorang pegawai kuarantin lapangan terbang.

Sementara itu, 262 kes baharu COVID-19 dilaporkan di seluruh negara, kelmarin, dengan dua kematian, masing-masing satu di Tokyo dan Kanagawa. – Bernama