Kes Omicron kedua direkodkan di China

BEIJING, 14 DIS – China mengesan kes kedua varian Omicron pada seorang lelaki berusia 67 tahun yang diuji positif selepas lebih dua minggu menjalani kuarantin, menurut laporan media rasmi hari ini.

Penyair berita CCTV berkata lelaki itu pulang dari luar negara pada 27 November dan menjalani pengasingan diri selama dua minggu, semasa pengasingan dia berkali-kali didapati negatif dijangkiti virus. Pada Sabtu, di terbang ke bandar bahagian selatan, Guangzhou di mana dia tinggal dan menjalani pengasingan diri selama seminggu lagi di rumahnya.

Sehari kemudian dia menjalani ujian rutin dan pada awal kelmarin, jabatan kesihatan daerah memaklumkan pihak berkuasa dia disahkan positif, menurut laporan.

Siasatan lanjut di peringkat bandar dan wilayah mendapati di dijangkiti dengan Omicron, tambah laporan. Semalam, pihak berkuasa mengumumkan kes pertama Omicron ke atas seorang lelaki yang tiba dari Eropah pada awal bulan ini dan diuji positif pada Khamis semasa dalam kuarantin. Butiran lanjut tidak didedahkan.

China sebahagian besarnya berjaya membendung penularan COVID-19 sejak kali pertama ia dikesan di bandar Wuhan pada 2019. Pihak berkuasa memuji keberkesanan dasar ‘toleransi sifar’ dengan ujian ketat, pengesanan kes, kuarantin dan pengasingan diri, di mana hanya 4,636 kematian akibat virus direkodkan. – AP