Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Kes Omicron Kemboja meningkat 94

    PHNOM PENH, 5 JAN – Kes varian Omicron yang disahkan di Kemboja telah meningkat kepada 94 selepas jangkitan baharu dikesan, kata Perdana Menteri Samdech Techo Hun Sen hari ini.

    “Sembilan kes baharu Omicron telah disahkan oleh Institut Pasteur di Kemboja (malam semalam) dan kesemuanya ditemui pada penumpang yang memasuki Kemboja menerusi perjalanan udara,” katanya semasa majlis penyampaian hadiah wang tunai kepada atlet wanita, Ouk Sreymom, yang memenangi pingat emas pada Kejohanan Petanque Sedunia 2021 di Sepanyol, baru-baru ini.

    Setakat ini, sekitar 94 kes Omicron telah dilaporkan di Kemboja dan semuanya kes import, kata Hun Sen, menambah bahawa untuk mencegah varian Omicron dari menular dalam komuniti, kuarantin di rumah adalah dilarang.

    “Semua pesakit Omicron dikehendaki untuk menjalani rawatan di hospital-hospital khas COVID-19, dengan rawatan di rumah tidak dibenarkan,” katanya. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...