Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Kes pandu berbahaya: Pendakwa raya failkan rayuan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 MEI – Pendakwa raya telah memfailkan rayuan terhadap hukuman yang dijatuhkan ke atas seorang lelaki tempatan dalam kes memandu secara berbahaya dan mengabaikan arahan polis.

    Notis Rayuan yang difailkan pada kelmarin menyatakan, pendakwa raya berpendapat bahawa hukuman denda $2,500 yang dijatuhkan terhadap Mohd Khairul Adzmie bin Sahari adalah jelas tidak mencukupi.

    Mohammad Khairul Adzmie diperintahkan oleh Mahkamah Majistret untuk membayar denda berkenaan atau menjalani hukuman penjara dua bulan dan dua minggu jika gagal membayarnya berikutan pengakuan bersalahnya terhadap dua pertuduhan pada 16 Mei lalu.

    Dia mengakui fakta kes yang menyatakan bahawa pada petang 2 Februari 2021, semasa dia cuba melarikan diri daripada penguat kua-sa undang-undang, ketika memandu di sepanjang Jalan Labu, dia membuat pusingan U apabila dia melihat sekatan jalan raya polis di hadapannya dan menyebabkan kekacauan kepada pengguna jalan raya yang lain. Pihak polis ternampak kereta defendan dan mengejarnya.

    Ketika insiden kejar mengejar berkelajuan tinggi ke arah bertentangan, pemandu kereta lain terkejut dan defendan tidak menghiraukan arahan polis walaupun mereka berada bersebelahan keretanya. Akhirnya, polis memintasnya dalam usaha untuk memperlahankannya, tetapi sebaliknya defendan merempuh bahagian belakang kereta polis yang akhirnya membawa kepada penahanannya.

    Walau bagaimanapun pendakwa raya yang menyemak kes tersebut membantah keputusan itu.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...