Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Kes pembunuhan terus meningkat di Mexico

    BANDARAYA MEXICO, 18 OKT – Mexico mencatatkan 283 kes pembunuhan dalam tempoh tiga hari lepas, menurut pihak berkuasa kelmarin, lapor agensi Anadolu.

    Menurut laporan harian Kementerian Keselamatan dan Perlindungan Rakyat melaporkan 93 pembunuhan pada Jumaat, 107 pada Sabtu dan 83 pada Ahad.

    Guanajuato, Jalisco dan Michoacan merupakan negeri yang mencatatkan jumlah kes pembunuhan paling banyak.

    Sementara negeri Jalisco melaporkan paling banyak pembunuhan pada Jumaat iaitu 14 kes, Guanajuato pula mencatatkan lebih 20 kes pada Sabtu.

    Pada malam Sabtu, pihak berkuasa di Guanajuato menerima laporan mengenai kejadian tembakan di perbandaran Irapuato, enam lelaki dan enam wanita maut di sebuah bar.

    Kejadian itu merupakan yang kedua berlaku di Guanajuato dalam tempoh sebulan.

    Pada 21 September, lelaki bersenjata tidak dikenali menyerbu sebuah bar di perbandaran Tarimoro di Guanajuato meragut 10 nyawa. – Bernama

    Gambar fail menunjukkan penduduk mengebumikan Wilmer Rojas sehari selepas dia terbunuh dalam tembakan besar-besaran di San Miguel Totolapan, Mexico, 6 Oktober. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...