Monday, April 28, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kes penculikan bapa Diaz satu kesilapan

    BARRANCAS, 5 NOV – Ketua kumpulan pemberontak Tentera Pembebasan Kebangsaan (ELN) Colombia kelmarin mengakui bahawa kumpuln tersebut telah membuat ‘kesilapan’ apabila menculik bapa pemain bola sepak Liverpool, Luis Diaz minggu lepas dan berjanji akan berusaha membebaskannya.

    Ibu bapa Diaz diculik di bandar kelahiran mereka, Barrancas, berhampiran sempadan Venezuela pada Sabtu lalu, tetapi ibu Diaz diselamatkan beberapa jam kemudian.

    Pihak berkuasa telah menyalahkan unit ELN atas penculikan itu dan telah melancarkan usaha pencarian besar-besaran bapa Diaz, Luis Manuel Diaz.

    “Penahanan bapa Luis Diaz oleh Barisan Perang Utara adalah satu kesilapan,” kata komander ELN, Antonio Garcia, dalam saluran Telegramnya.

    “Lucho adalah lambang Colombia, begitulah perasaan kami dalam ELN terhadapnya,” tambahnya, menggunakan nama julukan Diaz yang berusia 26 tahun dan telah membuat 11 penampilan musim ini untuk Liverpool serta menjaringkan tiga gol.

    Insiden itu telah mengancam akan menggagalkan rundingan damai profil tinggi antara kumpulan pemberontak dan Presiden berhaluan kiri Gustavo Petro, yang berlaku di tengah-tengah gencatan senjata selama enam bulan.

    Pada Rabu lalu, wakil rundingan damai ELN mengakui kepada wakil kerajaan bahawa Barisan Perang Utara telah menahan bapa Diaz.

    Dalam catatan Telegram kelmarin, Garcia menyatakan pusat komando ELN sedang mengawasi usaha untuk membebaskan bapa pemain bola sepak tersebut dan telah memberikan arahan kepada unit-unit mereka untuk bekerjasama. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda