Thursday, April 18, 2024
25.3 C
Brunei

    -

    Kes penipuan pinjaman wang tidak wujud babit kerugian lebih RM8 juta

    KUALA LUMPUR, 15 APRIL – Sebanyak 903 kes penipuan pinjaman wang tidak wujud dilaporkan setakat April tahun ini dengan nilai kerugian melebihi RM8 juta.

    Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata berdasarkan statistik polis, penipuan pinjaman tidak wujud terus mencatatkan jumlah kes yang tinggi saban tahun.

    “Sepanjang 2019, sejumlah 5,039 kes telah dilaporkan dengan kerugian sebanyak RM48.42 juta dan kes terus meningkat kepada 5,718 kes dengan kerugian sebanyak RM62.39 juta pada 2020.

    “Pada 2021, sebanyak 4,784 kes telah dilaporkan melibatkan kerugian sebanyak RM50.6 juta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Beliau menjelaskan analisa oleh pihak polis mendapati satu-satunya cara pihak sindiket mendapatkan wang daripada mangsa adalah melalui bayaran pendahuluan yang kononnya perlu dibayar oleh mangsa sebelum pinjaman diluluskan.

    “Pelbagai alasan digunakan oleh pihak sindiket untuk mendapatkan bayaran pendahuluan tersebut antaranya yuran guaman, yuran perjanjian, yuran insurans, yuran kenaikan kredit, yuran CCRIS/CTOS, yuran LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri), yuran pengaktifan akaun dan sebagainya,” katanya.

    Mohd Kamarudin berkata perkara tersebut adalah bertentangan dengan kaedah pinjaman wang yang dipraktikkan oleh institusi perbankan atau syarikat pinjaman wang berlesen iaitu sebarang yuran yang perlu dibayar akan dimasukkan sebagai sebahagian daripada jumlah pinjaman.

    “Justeru, dapat disimpulkan apa juga pinjaman yang meminta bayaran pendahuluan adalah satu penipuan dan orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dan tidak terjerumus menjadi manga kepada sindiket penipuan pinjaman tidak wujud itu,” katanya.

    Orang ramai boleh merujuk kepada CCID Scam Response Center di talian 03-26101559 atau 03-26101599 untuk sebarang nasihat atau kemusykilan berkaitan jenayah komersil. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...