Kes peras ugut dibawa ke Mahkamah Tinggi

Oleh Fadley Faisal

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 JUN – Mahkamah Majistret, di sini, kelmarin, telah menyerahkan kes pemerasan ke Mahkamah Tinggi di mana ia akan didengarkan pada 29 Jun depan.

Mohammad Amirul Azem bin Ibrahim, 35, berdepan tiga dakwaan pemerasan dengan mengugut dua kakitangan Rumah Gelato pada tiga kejadian untuk memeras wang daripada mereka.

Timbalan Pendakwa Raya Hajah Siti Mu’izzah binti Haji Sabli dalam pendakwaannya menyatakan bahawa defendan mengugut seorang wanita berusia 26 tahun dengan mengancam untuk mendedahkan bahawa terdapat lipas dalam aiskrim dan memeras $100 daripada wanita berkenaan pada 9:15 malam, 4 Jun 2020 di Rumah Gelato, Setia Kenangan, Kiulap.

Dakwaan kedua menyatakan bahawa defendan menemui wanita sama di kedai berkenaan pada 5 Jun 2020 dan mengancamnya dengan mendedahkan bahawa anak perempuannya terpaksa mendapatkan rawatan perubatan selepas makan aiskrim yang mempunyai lipas di dalamnya dan memeras wang $150.

Pada 2:53 petang, 13 Jun, defendan sekali lagi didakwa pergi ke kedai berkenaan dan mengancam seorang wanita berusia 22 tahun dengan dibuang kerja dan memeras $100 daripada mangsa sebagai pertukaran untuk tidak memaklumkan bos mangsa.

Tiada pengakuan diambil oleh Pemangku Majistret Kanan Pengiran Hazirah binti Pengiran Haji Mohd Yusof daripada defendan.