Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Kes peraturan alam sekitar dihadap ke Mahkamah

    WASHINGTON, 27 FEB – Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) yang didominasi konservatif akan mendengar kes peraturan alam sekitar esok (Isnin) dengan implikasi yang berpotensi meluas ke atas pentadbiran Biden menentang perubahan iklim.

    Kes berisiko tinggi tersebut melibatkan pihak berkuasa Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA) yang mengawal selia pelepasan gas rumah hijau daripada loji jana kuasa arang batu, yang menghasilkan hampir 20 peratus tenaga elektrik di AS.

    “Ini adalah kes perubahan iklim utama yang pertama di hadapkan kepada hakim dalam tempoh 15 tahun dan keahlian mahkamah telah berubah secara mendadak sejak itu,” kata seorang profesor undang-undang alam sekitar di Universiti Harvard, Richard Lazarus.

    Pada tahun 2007, Mahkamah Agung, dengan keputusan majoriti yang sengit, memutuskan bahawa EPA mempunyai kuasa untuk mengawal selia pelepasan karbon dioksida daripada loji kuasa di bawah Akta Udara Bersih 1970.

    Walau bagaimanapun, mahkamah tertinggi negara telah berubah secara radikal dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

    Bekas presiden Republikan, Donald Trump, seorang yang ragu-ragu terhadap perubahan iklim kepada peraturan industri kerajaan, telah mencalonkan tiga hakim ke mahkamah yang mempunyai sembilan anggota, memberikan majoriti 6-3 kepada anggota konservatif. – AFP

    Stim arang batu keluar dari Loji Kuasa Miller di Adamsville, Alabama. Mahkamah Agung AS akan mendengar kes peraturan alam sekitar untuk perjuangan pentadbiran Biden menentang perubahan iklim. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...