Kes perceraian di S’wak meningkat

KUALA LUMPUR, 9 NOV – Kes penceraian di Sarawak sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari Mac 2020 sehingga September tahun ini mencecah lebih 5,000 kes, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff berkata ini termasuk 3,582 kes pasangan Islam dan 2,076 kes pasangan bukan Islam.

Sepanjang 2020 sehingga Julai, sebanyak 31 aduan keganasan rumah tangga diterima di talian hotline dan 1,017 aduan polis, katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat. – Bernama