Kes pertama Ebola menular di timur DRC

BUKAKU, 16 OGOS – Wilayah timur Republik Demokratik Congo (DRC) di Selatan Kivu mencatatkan kes pertama disahkan wabak Ebola yang berlaku tahun ini, dengan membabitkan satu kematian, kata kerajaan wilayah hari ini.

“Dua kes diuji positif wabak Ebola selepas disahkan semalam di Selatan Kivu di daerah Lwindi dekat sini,” katanya dalam satu kenyataan.

“Seorang mangsa berusia 26 tahun meninggal dunia dan seorang lagi kanak-kanak yang diuji positif wabak itu masih hidup dan kini sedang dirawat,” katanya.

Difahamkan lebih, 1,900 orang dilaporkan maut akibat wabak Ebola di DRC sejak 1 Ogos 2018, bila mana virus itu merebak di wilayah Utara Kivu ke wilayah berdekatan, Ituri. – AFP