JAKARTA, 20 JULAI – Kes positif COVID-19 di Indonesia terus meningkat kepada 88,214 kes, iaitu tambahan 1,693 kes baharu dalam tempoh 24 jam. Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto berkata bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 96 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah keseluruhan kematian kini 4,239 orang.
“Sebanyak 36,380 pesakit masih dalam pemantauan COVID-19,” katanya dalam sidang media hariannya yang disiarkan menerusi YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia. – Bernama
