Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 12 JAN – Peningkatan kes tempatan dalam beberapa hari kebelakangan ini memang dapat dilihat di mana kebanyakan kes positif COVID-19 tersebut didapati daripada hasil pengesanan kontak iaitu melalui ujian swab yang dilakukan terhadap kontak rapat bagi kes positif sebelumnya.
Selain daripada itu, terdapat satu kluster yang terdiri daripada empat orang yang masih diselidiki pada masa ini khususnya bagi kontak-kontak mereka.
Perkara tersebut dijelaskan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar semasa sidang media di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.
Pada masa yang sama, Yang Berhormat Menteri Kesihatan turun menyarankan orang ramai khususnya mereka yang merasa mengenali orang yang dijangkiti COVID-19 dan tidak tersenarai dalam senarai kontak kes tersebut supaya dapat menghadirkan diri untuk membuat ujian ART.
Manakala itu, bagi mereka yang mengalami demam, Yang Berhormat Dato turut menyeru agar mereka segera mengunjungi klinik yang berdekatan.