Kes positif Indonesia lebih 80,000

JAKARTA, 17 JULAI – Kes positif COVID-19 di Indonesia kini meningkat kepada 83,130 kes, iaitu tambahan kes baharu sebanyak 1,462 dalam tempoh 24 jam.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto berkata  dalam tempoh 24 jam lalu, sebanyak 84 lagi kematian direkodkan, menjadikan jumlah keseluruhan kematian kini 3,957 orang.

“Sebanyak 46,493 pesakit masih dalam pemantauan COVID-19,” katanya dalam sidang media hariannya yang disiarkan menerusi YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia. – Bernama