Sunday, March 23, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kes positif Indonesia meningkat

    JAKARTA, 17 MAC – Kes positif virus COVID-19 di Indonesia terus meningkat kepada 172 orang.

    Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto berkata sebanyak 38 kes baharu dicatatkan hari ini. “Jumlah saat ini 172 kes, semalam 134 kes, di mana kes meninggal (akibat virus itu) kekal lima kes,” katanya dalam siaran langsung menerusi Youtube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB) hari ini. Beliau berkata penambahan kes itu melibatkan Provinsi Jakarta, Jawa Timur, dan Jawa Tengah. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda