Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Kes rompakan berkumpulan ditunda 21 Julai

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 JULAI – Dua warga tempatan telah menafikan tuduhan kerana merompak seorang lelaki Bangladesh, yang mana salah seorang daripada mereka bersenjatakan pisau.

    Di Mahkamah Perantaraan pada hari ini, Timbalan Pendakwa Raya Rozaimah Abdul Rahman mengemukakan pertuduhan kedua terhadap Mohd Hairul Azmi bin Jumat, 38 tahun dan Mohammad Najib Na’imullah bin Haji Rosli, 30, atas tuduhan mencuri penghadang keselamatan jalan raya logam kerajaan dari Lebuhraya Muara Tutong, pukul 3:30 petang 6 Jun lalu yang mana telah dinafikan oleh kedua-dua mereka.

    Hakim Pengiran Masni binti Pengiran Haji Bahar memerintahkan defendan ditahan reman lanjut, selepas pihak pendakwaan membantah jaminan. Timbalan Pendakwa Raya Rozaimah menyatakan bahawa kedua-dua mereka berisiko mengganggu saksi, melarikan diri kerana keseriusan kesalahan dan hukuman yang berat.

    Pihak pendakwaan juga menekankan kekukuhan kes mereka.

    Hakim Pengiran Masni menangguhkan kes kepada 21 Julai depan bagi tarikh perbicaraan ditetapkan.

    Pertuduhan pertama mendakwa kedua-duanya melakukan rompakan berkumpulan, manakala Mohd Hairul bersenjatakan pisau, terhadap seorang lelaki warga Bangladesh berusia 29 tahun itu di kuarters pekerjanya di Kampung Sengkurong, dan melarikan telefon bimbit mangsa dan wang tunai $221 pada 1:30 pagi 27 Jun lalu.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...