Kes rompakan bersenjata ditangguh hingga 16 Sept

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 SEPT – Mahkamah Majistret, di sini, hari ini telah menangguhkan kes rompakan bersenjata sehingga 16 September depan bagi memberi laluan kepada pihak polis untuk menyiapkan siasatan terhadap kes tersebut.

Timbalan Pendakwa Raya Rozaimah Abdul Rahman juga telah meminda pertuduhan terhadap Muhammad Alimin @ Muhammad Abid bin Karim, 24, yang kini dituduh merompak kedai, yang dikendalikan oleh seorang juruwang, dengan bersenjatakan pisau dan mengambil wang tunai antara $300 hingga $400, satu telefon bimbit dan kad pengenalan hijau pada pukul 5:30 petang 15 Ogos lalu di sebuah kedai serbaneka di Jalan Kebangsaan.

Sementara itu, Nurul Siti Nabilah binti Haji Morni, 30, didakwa telah membantu melupuskan harta benda yang dicuri pada petang yang sama.

Kes tersebut dikendalikan oleh Majistret Mohammad Marzuqi Sabtu.