Saturday, December 7, 2024
29.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kes selesema burung pertama dikesan di Kanada

    MONTREAL, 10 NOV – Seorang remaja di British Columbia (BC) telah menjadi orang pertama di Kanada yang diuji positif selesema burung, kata pihak berkuasa, kelmarin.

    Remaja itu sedang menerima rawatan di hospital kanak-kanak bagi selesema burung H5, kata jabatan kesihatan wilayah.

    Punca penularan dan sebarang kontak rapat sedang disiasat.

    Pegawai berkata jangkitan itu mungkin berasal dari burung atau haiwan.

    “Ini adalah peristiwa yang jarang berlaku,” kata Pegawai Kesihatan BC, Bonnie
    Henry.

    “Kami sedang menjalankan siasatan menyeluruh untuk memahami sepenuhnya sumber pendedahan di sini di BC,” tambahnya.

    Selesema burung paling kerap ditemui pada burung terbiar dan juga ayam, akan tetapi baru-baru ini telah dikesan terhadap mamalia, di mana wabak pada lembu ditemui di seluruh Amerika Syarikat tahun ini.

    Ia kadangkala boleh menjangkiti manusia melalui kontak rapat atau persekitaran yang tercemar.

    Para saintis telah menyuarakan kebimbangan mengenai peningkatan bilangan mamalia yang dijangkiti selesema burung, walaupun kes pada manusia masih jarang berlaku.

    Mereka bimbang kadar penularan yang tinggi memudahkan mutasi virus, yang boleh dihantar daripada seorang manusia kepada yang lain. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda