Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Kes tembakan berkaitan Breonna Taylor dilanjutkan

    LOUISVILLE, KENTUCKY, 22 FEB – Peguam dalam perbicaraan bekas pegawai polis Kentucky yang terlibat dalam serbuan narkotik yang menyebabkan Breonna Taylor mati kembali ke mahkamah hari ini untuk menyelesaikan proses pemilihan juri yang dilanjutkan.

    Peguam akan cuba untuk mengurangkan 48 juri kepada 12 juri dan tiga orang pengganti untuk perbicaraan bekas pegawai, Brett Hankison, yang didakwa dengan tindakan membahayakan secara tidak sengaja kerana menembak ke dalam apartmen salah seorang jiran Taylor dalam satu serbuan pada malam Mac 2020 .

    Dia dipecat beberapa bulan kemudian.

    Hankison, yang tembakannya tidak mengenai Taylor, merupakan satu-satunya pegawai yang didakwa dalam kes itu.

    Tiada seorang pun didakwa berhubung kematian Taylor.

    Pegawai mahkamah pada mu-lanya mengumpulkan 250 ahli juri yang berpotensi, untuk menjelaskan publisiti meluas dalam kematian Taylor, yang mencetuskan tunjuk perasaan selama berbulan-bulan di pusat bandar Louisville pada musim panas 2020.

    Selepas empat hari menyoal bakal juri, pendakwa raya dan peguam bela bersetuju dengan jumlah 48 juri bagi perbicaraan itu, selepas keputusan muktamad. – AP

    Brett Hankison keluar dari bilik mahkamah selepas hari pertama pemilihan juri dalam perbicaraannya pada Selasa, 8 Februari. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...