Thursday, April 18, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Kes tenat covid tertinggi di Korea S

    SEOUL, 1 OGOS – Kes COVID baharu Korea Selatan turun di bawah paras 50,000 hari ini berikutan ujian saringan berkurangan pada hujung minggu, namun bilangan pesakit tenat mencecah paras tertinggi dalam dua bulan.

    Keadaan itu berlaku ketika virus itu kembali merebak didorong oleh peningkatan yang sangat tinggi disebabkan subvarian Omicron BA.5 yang mudah berjangkit.

    Angka jangkitan baharu bertambah sebanyak 44,689 kes, termasuk 436 kes import, membawa jumlah keseluruhan kes kepada 19,820,739, lapor agensi berita Yonhap memetik Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA).

    Bilangan kes jatuh mendadak daripada 73,589 pada hari sebelumnya berikutan saringan berkurang tetapi masih lebih besar daripada 35,860 kes yang dicatatkan seminggu sebelumnya. – Bernama  

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Terumbu Sawar Besar alami pemutihan karang paling teruk

    CANBERRA, 17 APRIL - Sebahagian besar Terumbu Sawar Besar yang ikonik di Australia mengalami pemutihan karang pada musim panas 2023-24, menurut laporan kerajaan. Agensi kerajaan...