Kes tertuduh dibicara Feb depan

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 OGOS – Seorang lelaki yang mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyerang, melakukan khianat dan memiliki senjata berbahaya bakal dibicarakan Februari tahun depan.

Ketua Majistret Pengiran Masni binti Pengiran Haji Bahar menetapkan 3 hingga 5 Februari 2020 untuk tarikh perbicaraan Ruslan bin Kumit, 47, yang didakwa menyerang dua lelaki dengan parang dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi pada 21 Julai 2019 di kawasan Kuala Lurah.

Tertuduh turut didakwa melakukan khianat dengan merosakkan kenderaan kedua-dua mangsa dalam kejadian sama selain berdepan tuduhan memiliki senjata berbahaya di tempat awam.