Kes tipu didengar 8 Oktober

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 OGOS – Seorang lelaki tempatan kelmarin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Perantaraan atas pertuduhan berkaitan penipuan.

Zaini bin Haji Mirasan, 56, berdepan dengan 14 pertuduhan yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Raihan Nabilah Ahmad Ghazali. Dia didakwa melakukan penipuan terhadap seorang lelaki warganegara asing yang melibatkan sejumlah wang, kurang daripada $50,000 dan menjanjikan bantuan kepada lelaki tersebut dalam permohonan untuk mendapatkan statusnya sebagai penduduk tetap.

Tertuduh melakukan penipuan-penipuan berkenaan antara tahun 2012 sehingga 2016. Hakim Radin Safiee bin Radin Mas Basiuni menetapkan tarikh antara 8 Oktober hingga 13 Oktober 2020 bagi perbicaraan tertuduh.