Kes tipu: Lelaki tempatan tidak mengaku bersalah

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 JULAI – Seorang lelaki warga tempatan tidak mengaku bersalah di Mahkamah Perantaraan, di sini, kelmarin, atas pertuduhan menipu seorang lelaki warganegara asing sebanyak $50,000.

Hakim Radin Safiee bin Radin Mas Basiuni menangguhkan kes sehingga 30 Julai bagi sebutan semula kes.

Sebanyak 14 pertuduhan yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Raihan Nabilah binti Haji Ahmad Ghazali terhadap Zaini bin Haji Mirasan, 56, atas tuduhan melakukan penipuan terhadap seorang lelaki warganegara asing melibatkan sejumlah wang, kurang daripada $50,000 dan menjanjikan bantuan kepada lelaki tersebut dalam permohonan mendapatkan statusnya sebagai penduduk tetap.

Tertuduh juga didakwa telah memalsukan dokumen untuk penipuan tersebut.