Kes virus di Afrika lepasi 3.31 juta

ADDIS ABABA, 21 JAN – Jumlah kes COVID-19 yang disahkan di benua Afrika mencecah 3,310,394 kelmarin, lapor agensi berita Xinhua.

Menurut Pusat Pengawasan dan Pencegahan Penyakit Afrika (CDC Afrika), jumlah kematian akibat pandemik di Afrika mencecah 80,970 orang semalam. Setakat ini, 2,757,548 yang dijangkiti COVID-19 telah pulih di seluruh benua, kata agensi itu.

Menurut agensi, wilayah Afrika Selatan adalah kawasan paling terjejas dengan kes positif yang disahkan di Afrika, diikuti Afrika Utara. – Bernama