Kes virus di Sepanyol cecah lebih tiga juta

MADRID, 23 OKT – ‘Jumlah sebenar’ kes koronavirus di Sepanyol adalah lebih daripada tiga juta, kata Perdana Menteri Pedro Sanchez hari ini, menyeru penduduk supaya mengehadkan pergerakan mereka seberapa banyak mungkin.

Sepanyol, sebuah negara dengan 47 juta penduduk, pada Rabu secara rasmi menjadi negara Kesatuan Eropah pertama – dan keenam di dunia – yang mengatasi satu juta jangkitan COVID-19.

Namun Sanchez berkata dalam ucapan bahawa ‘kajian menunjukkan jumlah sebenar orang yang telah dijangkiti di negara kita melebihi tiga juta orang.’

“Situasi adalah serius dan kita semua mesti dengan semangat penuh keazaman, disiplin sosial dan perpaduan untuk melindungi kesihatan awam semua orang.”

Sanchez berkata jumlah sebenar jangkitan adalah lebih tinggi daripada angka rasmi disebabkan jumlah kes yang dikesan pada awal pandemik adalah amat rendah. – AFP

Perdana Menteri Pedro Sanchez menyampaikan ucapan pada sesi parlimen di Madrid kelmarin. – AFP