Kes virus India cecah 600,000

NEW DELHI, 2 JULAI – Jumlah kes koronavirus di India melepasi 600,000 hari ini dengan jangkitan meningkat dan kapasiti ujian telah ditambah.

Sebanyak 19,148 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlahnya kepada 604,641, dengan hampir 100,000 daripadanya dikesan empat hari lalu.

Setakat ini, sejumlah 17,834 orang meninggal dunia akibat virus itu, menurut Kementerian Kesihatan India.

Kementerian Kesihatan mengatakan ujian telah dipertingkatkan kepada lebih 200,000 setiap hari, dengan 8.8 juta ujian dijalankan dengan kadar pemulihan 59.43 peratus. – AP