Kes virus meningkat lagi di UK

LONDON, 30 JULAI – Jumlah kes koronavirus meningkat lebih 15 peratus di seluruh England dalam minggu terbaharu ini, menurut tinjauan jangkitan mingguan yang dikeluarkan hari ini, selepas kerajaan melonggarkan kawalan virus.

Angka untuk minggu berakhir Sabtu lalu berbeza dengan data ujian harian kementerian kesihatan, yang mencatat kemerosotan kes mendadak sepanjang minggu lalu.

Kes harian yang menurun separuh telah mengejutkan pegawai dan pakar yang meramalkan pembatalan peraturan pandemik pada 19 Julai akan mencetuskan peningkatan dalam jangkitan.

Bagaimanapun, tinjauan terbaharu oleh Pejabat Statistik Negara – yang dilihat sebagai lebih dipercayai memandangkan ia menguji populasi secara tetap – mencadangkan kes mungkin belum berkurangan dan ujian harian gagal mengesan kebanyakan jangkitan baharu.

Ia menunjukkan kes di England meningkat sebanyak 114,500 atau 15.4 peratus kepada 866,200, dengan dua daripada sembilan rantau menunjukkan peningkatan.

Sementara itu, kes juga meningkat di Wales dan Ireland Utara, namun berkurangan di Scotland.

Kesemua tiga kerajaan berkenaan sedang melonggarkan sekatan virus mereka pada kadar yang lebih perlahan daripada England. – AFP

Seorang pekerja kesihatan memegang bebuli vaksin AstraZemeca di Pusat Perubatan Pontcae di Merthyr Tydfil di selatan Wales. Jumlah kes koronavirus meningkat lebih 15 peratus di seluruh England dalam minggu terbaharu ini. – AFP