Kes warga emas pukul anak anjing ditangguhkan

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 APRIL – Kes seorang warga emas yang berdepan pertuduhan melakukan khianat dengan memukul tujuh ekor anak anjing dalam guni yang sebelum ini tular di media sosial ditangguhkan sehingga 9 Mei 2020.

Penangguhan kes Haji Mohammad Tahir bin Haji Nudin, 80, dibuat Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid selepas Peguam Haji Rozaiman bin DSLJ Haji Abdul Rahman yang mewakili tertuduh memaklumkam mahkamah bahawa anak guamnya telah
dirujuk ke Jabatan Geriatrik Hospital RIPAS dan sedang menunggu temu janji.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu menggunakan pemegang kapak di kawasan Kampung Sungai Orok pada pagi 31 March 2020.

Pendakwaan dibuat Timbalan Pendakwa Raya, Dayangku DidiNuraza binti Pengiran Abdul Latiff.