Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Kesalahan tidak menunaikan sembahyang Jumaat

    (Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

    Disediakan oleh Jabatan Mufti Kerajaan

    Sambungan minggu lalu

    Bagi orang yang ada keuzuran syar‘i sepertimana disebutkan sebelum ini dan menyangka keuzurannya itu akan hilang, maka adalah disunatkan supaya melambatkan sembahyang Zuhur sehingga ia berputus harapan untuk pergi ke masjid mengerjakan sembahyang Jumaat kerana keuzurannya itu boleh hilang dan dia dapat menunaikan sembahyang Jumaat itu.

    Namun jika dia bersembahyang Zuhur di awal waktu kemudian hilang keuzurannya itu, tidaklah wajib ke atasnya sembahyang Jumaat lagi.

    Oleh yang demikian, perlu diambil perhatian bahawa walaupun tindakan meninggalkan sembahyang Jumaat, merupakan kesalahan yang boleh dikenakan hukuman denda di bawah Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah, 2013 sepertimana disebutkan sebelum ini, namun denda tersebut tidak sebanding bahkan jauh

    berbeza dengan dosa sebenar orang yang meninggalkan sembahyang Jumaat sebagaimana disebutkan dalam hadits Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam.

    Apabila seseorang itu “dicap hati sebagai orang munafiq” maka hatinya telah terlindung dari cahaya kebesaran Allah Yang Maha Agung, sehingga dia tidak mengenal lagi hak-hak ketuhanan Allah, yang mana seseorang hamba tidak akan mencapai kemuliaan, kebahagiaan dan keberuntungan di dunia dan di akhirat, melainkan setelah mendirikannya, melazimkan diri dengan mengerjakannya serta senantiasa memeliharanya dengan baik.

    Malah tidak ada keselamatan dan tidak ada pertolongan dari azab dan kemurkaan Allah Ta‘ala, melainkan dengan mendirikan kewajipan itu serta memeliharanya.

    Sememangnya tiada seorangpun yang mahu “dicapkan hati sebagai orang munafiq”.

    Oleh itu, tunaikanlah sembahyang Jumaat atas dasar suatu kewajipan sebagaimana disebutkan dalam al-Qur’an.

    Perlu diingat bahawa hukum menunaikan sembahyang Jumaat itu tetap wajib, sekalipun perintah menunaikan sembahyang Jumaat itu tidak diwartakan, samalah juga dengan hukum sembahyang fardu lima waktu adalah wajib. Jangan pula disebabkan sembahyang fardu lima waktu tidak diwartakan sebagai satu kesalahan dalam Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah, maka kita tidak menunaikannya.

    Jelasnya, setiap suruhan dan larangan agama mempunyai hikmahnya yang tersendiri, maka umat Islam diperintahkan berkumpul untuk menunaikan sembahyang Jumaat kerana hari tersebut mempunyai banyak hikmah dan kelebihan; antaranya ialah pada hari Jumaat inilah langit dan bumi diciptakan, pada hari Jumaat ini juga Nabi Adam diciptakan, pada hari Jumaat ini juga Nabi Adam dimasukkan dan dikeluarkan dari syurga, pada hari Jumaat ini juga berlakunya hari Kiamat, pada hari Jumaat ini juga terdapat satu saat di mana jika kita memohon kepada Allah Ta‘ala akan kebaikan nescaya diperkenankanNya.

    Perlu diingat bahawa hukum menunaikan sembahyang Jumaat itu tetap wajib, sekalipun perintah menunaikan sembahyang Jumaat itu tidak diwartakan, samalah juga dengan hukum sembahyang fardu lima waktu adalah wajib. – Gambar fail
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...