Kesan kerja tanah jejas kawasan kejiranan

Saya ingin meluahkan rasa kecewa saya berhubung situasi yang menjejaskan kawasan rumah ibu saya di Simpang 639 di Kampung Madewa.

Rumahnya sering terjejas oleh banjir susulan kerja-kerja tanah yang dilakukan oleh sebuah syarikat. Saya terkejut bagaimana pihak berkuasa dari Kementerian Pembangunan, terutamanya Pihak Berkuasa untuk Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi), meluluskan kerja-kerja tanah sedemikian apabila ia menjejaskan kawasan rumah sekitarnya.

Misalnya, sistem saliran tidak dibina untuk mengalih dan melancarkan aliran air. Pihak berkuasa harus melihat pada kawasan sekitarnya sebelum meluluskan kerja-kerja tanah tersebut. Masalah ini berlaku berterusan untuk masa yang lama namun, tidak ada tindakan yang telah diambil. Ibu saya berusia 70 tahun dan tidak berapa sihat. Anda tidak boleh mengharapkan beliau untuk membersihkan kerosakan yang dilakukan disebabkan perbuatan syarikat berkenaan. Kami juga tidak dapat membersihkan perkarangan dan membuang serpihan setiap hari.

Saya telah menghubungi Darussalam hotline 123 beberapa kali dan saya berharap pihak berkuasa boleh membantu dalam situasi ini. – Penduduk yang kecewa